Tuesday, August 10, 2010

KUCING UNTUK DIBERI



Ye untuk diberi bukan untuk dijual. Not for sale. Tak baik jual beli kucing tau tak?


macho cat


Biodata :

  • Nama penuh: Chocobee
  • Nama manja: Choc, Choco
  • Jantina: Jantan
  • Umur: Lebih kurang 1thn kot. Muda lagi macam hujung remaja.
  • Jenis: Urban village tapi bulu lembut
  • Kaler: Coklat gelap
  • Gigi: Berterabur 
  • IQ: Bodoh takleh nak diajar. Tak pernah sekolah.
  • Makanan kegemaran: Ikan, ayam daging, nasik, keropok, naget, biskut kucing. Fries, honeystar, kellog's K dan sume sayur dia tak suka. Tak makan sayur nih.
  • Personaliti: Manja; lincah bila perlu; suka tidur; annoying bila lapar which is sepanjang hari
  • Hobi: Tidur dan makan
  • Kelebihan: Boleh berdikari sendiri contohnya minum air dari dalam besen; Lompat dari tingkat atas rumah ke bawah; menangkap cicak dan lipas di rumah; pandai ayat kucing jiran sebelah.
  • Keburukan: Berak dan kencing dalam timbunan pakaian especially yang baru angkat dari jemuran; makan nasik bungkus di atas meja; mencakar sofa; mengintai orang dalam toilet
  • Motto hidup: I will follow you. Choco akan ikut ke mana sahaja anda pergi, sehingga ke dalam toilet.



bermalasan atas lazy chair

tidur sepanjang masa

boleh berfungsi sebagai bantal sendal(fokus belakang manusia baju biru)


Mereka yang keseorangan(lonely) amat sesuai sekali memiliki kucing ni sebab he'll follow u everywhere u go. Macam anjing yang setia pada tuannya. 

see, manja sangat olololo..

Pencinta kucing tegar juga boleh berebut2 untuk memiliki kucing ini. I'll give it to u for free. FREE ok! No hidden charge. Dahla free, dapat free gift lagi iaitu cat food cap smart heart. Eh ke cap smart cat? Ala yang ada iklan dalam tv tu tapi bukan frieskies or whiskas. Just amek and bawak balik rumah. Kalau boleh pos aku pos. hehe.

Close up

Sape2 yang nak biakkan kucing betina dia pun boleh amek si Choco neh. I guarantee he is as strong as a horse. haha! ok cheesy. Handsome ape Choco, sure anak2 die comel2 sume. Kalau tak comel anak die bleh bagi kat aku. Aku love kittens. Yang tak comel pun rasa comel. 

Ouh reason aku dah tak nak si Choco ni? Sebab dah meluat sangat amat dah dengan dia ni. Makin lama makin menyakitkan hati. Semalam dia kencing lagi dalam timbunan baju baru basuh. Terpaksa basuh balik. Sakit hati tau tak?! Sebelum dia mati terbunuh sebab kena lempang, baik korang amek die simpan kt umah korang!


11 comments:

Fairoz Nadrah said...

confirm la xde org nk perangai semcm tuan je nih..hahaha

ezzah k. said...

oit xsame ok. aku xberak merata ok.

bellabelon said...

haha meh bagi ak..leh kawan dgn kucing2 ak 8 ekor blkg umah~

ezzah k. said...

mak aih ramainyeee! amekla belle bg die kawan2. tp cane nk bg? bleh ke pos kucing?? haha

bellabelon said...

mula2 6..harini dah jadi 8 huhu. cube la try pos? kte tgk sampai x..

humairah said...

spesis ni aku xsuke. motto idup die lagi aku takut!!

ezzah k. said...

hehe kucing gelendangan eh dtg rmai2 haha.. tp takot mati la kalu pos. x ke?

ezzah k. said...

aah ko xsuke miaow2 kan.. abes tu suke spesies ape eh?

bellabelon said...

dia beranak pinak pastu kumpul ramai2 umah ak..hehe bg la tong oxygen kat kucing tu dgn whiskas skali~

ezzah k. said...

ouh.. haha.. ala ko dtgla jln2 kt klntn pastu leh bwk blk choco ni skli,. aku bg souvenior haha

Anonymous said...

Seriously?! naaakkk meow choco tuu :3 <3