Tuesday, August 31, 2010

Dulu, kini dan nanti, Malaysia tetap dihati ;)




53 years and counting


Monday, August 30, 2010

Biskut puasa


Bukan biskut raya, or biskut krismas, or biskut deepavali or biskut hari gawai (ade ke ?). Biskut puasa dimakan pada bulan puasa sebab tu dipanggil biskut puasa bukan biskut raya. Ha paham tak? Paham tak ? Kalau tak paham boleh pegi mati ! Apehal emo malam2 neh.

Biskut puasa nih sama je rupa dia ngan biskut raya. Beraneka jenis, bermacam rupa, berbagai rasa. Tunjuk aje nak yang mane. First day puasa lagi dah berduyun dah biskut2 neh terpampang kat shopink mall, supermarket, hypermarket, kedai runcit hatta gerai2 tepi jalan. Ke before start puasa lagi dah ade eh?

Disebabkan tergoda digoda oleh hawa nafsu nak membeli tuh, (nak salahkan setan, setan takde wehh) maka pada tahun ini buat pertama kalinya biskut puasa wujud kat umah aku. Korang ada tak ? Ada tak ? Ada tak ?


Chocolate peanut pebenda tah nama dia. Biskut die rasa coklat pastu ade macam lapis ngan peanut butter kat tengah tu kalau korang nampak la. Tapi sayang, tak rasa pun peanut butter nye. So aku buat kesimpulan, coklat ngan peanut butter tak masuk. Macam kalau korang makan waffle bubuh coklat and peanut butter. Coklat ngan butter je sodapp!


All time favourite - Jam tart! Tengok tu tinggal 3 biji je weh. Tapi kalau buat sendiri lagi sedap la. Tapi yang ni pon sedap jugak la. Tapi biskut raya kene buat sendiri la. Tapi tapi tapi hoi lipas jangan kacau aku !


Ok yang ni Chocolate chip tapi choc chip nye tak nampak wujud dimana2 pun. Tipu aku ye ? ye? ye? Takpe sebab bukan aku yang beli. Aku tukang makan je. Jadi bersyukur sahaja. Kan kan ??

Dahla malas dah nak tulis. Nak pegi cari makanan. Mari !!!


And when I thought the madness is gone,



...it is obviously not. 


Sunday, August 29, 2010

Just like the old days.

I went to kl for past few days and managed to catch up with some friends(a bunch of penanam anggur haha) for buka puasa. We had steamboat buffet at flaming. Varieties of food; seafood, chicken, rice, noodles, ice cream etc etc etc. And the chocolate fondue and marshmallows are for real!


















Kenyang perut suke hati~~

I am more than happy to be at home this ramadhan after about 9 years but I miss ramadhan in UTP. Don't you?




Selamat Berbuka!



Saturday, August 21, 2010

Black n white, tapi bukan zaman dulu2


Hi tawan2 !! Nak duit raya tak? Ha kalu nak kena la masuk PERADUAN HITAM PUTIH ni. Kalu menang dapat DUIT !




Pastu bleh blagak ngan kengkawan ko dapat duit raya lagi kan padahal tua bangka dah. Ada kesah? Ok kalu tak de let's proceed. 

Oh before that, thanx Cik maria coz mengetag saya pastu cakap mata saya bulat comel. Auww~ so sweet of you ;) (mata je ke? muahaha ! )





 No! Oh yes. Ini lah gambar yang dipertaruhkan untuk merebut hadiah wang tunai! Semoga bila penganjur tengok pic aku rajin study kt library dekat2 nak final kot2 die rasa nak bagi aku menang kan. hihi. Korang kat blakang tu thanx jadik backdrop k. Susah2 aje.

Then perlu la tag orang . Who's the lucky one??? Memandangkan aritu dapat award dari zatilaqmar so nak tag die plak. Hehe aku tau ko suke bergambar kan. Moh2  join! Jangan tunggu lama2 wehh!!!


Thursday, August 19, 2010

Hoi dan hihi



Semalam malam.


Hi. saya emo.

Malaysia patutnya aman damai takde perang bom meletop2. Tapi apsal rasa cam duk kat bumi Gaza neh?

Best ke kalu tengah amek air semayang tiba2 terkejut menjerit dengar bunyi bedil2? 

Best ke kalu tengah jemur kain tiba2 jantung terkejut rasa nak gugur akibat  bunyi mercun anak jiran sebelah baling? cilakak lu! 

Bertenang. Terawikh jap.

Balik terawikh masa untuk membalas dendam manis(sweet revenge). Karaoke max volume. Wall x soundproof. My voice is far from sweet. Amek ko!


---




Hari ini.




Pouty lips milik saya! Hari ni je please2. Esok bagila kat Lisa Surihani balik. Itu bukan muka bahagia baru lepas makan mee goreng mulut berminyak. Eyp! I puasa ok.  



Semangat gila pakai mascara segala. Comot tak payah cakap. Ni nak tunjuk la bulu mate I lentiks sket kalu tak macam payung je ghopenye tahu. Sket jela tapi haha!




Muahahahaha... Bergaya dengan baju kebaya, apa kau ingat hari ni hari raya? Biar la. Baju masa form 3. Aku tak membesar ke or dulu aku pakai baju besar?




Semoga esok dan seterusnya bahagia oh indah!



Wednesday, August 18, 2010

Apa masalah ni?



1st day pegi terawikh, time semayang Isyak dah ngantok gile mengalahkan orang tua. Mata berat gila! 


Nak cakap de setan duk gayut, setan sume dah kene ikat. 


Bila time terawikh, berusaha keras nak bukak mata. Gila cabaran. 


Lepas 8 terus cabut. Balik rumah elok je buntang mata depan laptop main tenet sampai kol12 kan. Sigh~





Tuesday, August 17, 2010

Kebahagiaan dalam kerinduan


Ceh tajuk nak geli aje kan. Rindu ummi lah! Bulan2 pose neh takde gosip. Nak gosip tunggu lepas buke. Ok? So kita crite2 yang tak gosip punye. Semalam berjaya escape kerja lalu pulang ke rumah dengan jaya berjayanya. Yeahh! ( Bile kau nak berubah nii ! ) Pastu korek2 kabinet tv yang lama nak carik sesuatu yang my mom suh carik but instead I found this.


HEHE. Bila masa aku dapat benda2 ni sume pun tak tau and tak pernah tau sehinggalah penemuan harta moy ni semalam. Ni mesti kes aku masuk peraduan majalah UJANG la ni pastu menang majalah 3.50. haha. Aku memang suka join2 peraduan dalam majalah ujang bila time cuti2 sem dulu2. And pernah menang satu peraduan tu dapat cash RM150! ha kagum la tu kan. kan. kan..

Kire aku menang 1st pize r tuh. Dahla senang gile jawab teka teki and kena buat slogan. Tak expect pun menang sebab rasa cam slogan aku takdela best or lawak sangat pun. Tak berape ingat dah ape slogan aku buat tuh tapi adalah sebut2 ketua kampung ngan ayam2 kot. haha. Lepas tu aku pun termotivated la untuk masuk lagi peraduan2 dorang. he. he. Pastu menang mende alah ni plak kan. Ni mesti hadiah saguhati je ni tak best ceni. Tapi still, aku rasa best! HAHA. 

And semalam Dr Fadilah Kamsah punye apprentice ( identiti dirahsiakan nanti korang nak ngorat. TAK BULEH ! ) pun cakap kita kena ar rasa diri kita best baru la bleh hepi sokmo. Ye idak? Kalu hang sendiri tak rasa diri hang best, sapa lagi nak rasa kan? Aney kat Ameeth? pakcik nasik lemak? abang ayam penyet?? Arghhh teringat pulak sedapnyeeeee! Opps sori2.


Ha tapi janganla sampai over perasan best plak macam pakcik bawak Honda stream kaler biru pagi tadi. Sia2 je dapat " Bodoh tak bleh nak diajar!". Dah kurus pose aku di pagi hari emosi terlebih. Lain kali nak masuk kiri tu signal boleh tak. Kete je cantik. Kang kalu aku cium tu sia2 je penyek kete tuh. Sape nak bayar? Aku takde duit k.

 kereta cantik pemandu bodah



Nasib baik mood dah bertukar ceria bila sampai ofis. Bakal dapat gaji weh! hehe. Biar pun sedikit, tapi cukuplah untuk peluh2 aku yang dah menitik tuh. Oh, nak buat list nak beli ape lah. Bye!



Sunday, August 15, 2010

It's You






There's always something 
In the way 
There's always something 
Getting through 
But it's not me 
it's You 

Sometime's ignorance 
Rings true 
But hope is not in 
What I know 
Not in me 
It's in You 

It's all I know 

And I find peace 
When I'm confused 
I find hope when 
I'm let down 
Not in me 
But in You 

I hope to lose myself 
For good 
I hope to find it in the end 
Not in me 
It's You 
It's all I know.


Friday, August 13, 2010

Thank God It's Friday

Today we made Cheese baked fettucini. Ok actually it was my sister. I was sleeping, of course. I only woke up because I smelled something delicious. hehe. With half opened eyes, I rushed to the kitchen and found my sister was preparing bolognese sauce. So yummy!


 It's just like the usual bolognese sauce mixed with mushroom and minced chicken/meat. Not so red cause my sister didn't put in tomato puree.




Then add fettucini to the sauce, mixed them together. Of course you have to boil it first. You can use other pasta as well. My sister likes fettucini. But I prefer fetuccini with carbonara sauce. Tapi dah orang yang masakkan, layan jela.


Put them into baking pan. And top it with mozarella cheese. It should cover all the surface but we don't have enough cheese. Then bake for 15-20mins.






hi there



Done! Doesn't look so yummy huh? Sebab cheese xcukup laaa.. But still it was marvellous! and even Chocobee likes it.  Emak tiada di rumah maka anak2 tiada makanan melayu. ;(


But it's ok because tonight I'm gonna sleep on Maya Karin. Wohooo!




Hehehe. Ok lame. I'm gonna go find something to eat. Lapaq perot cheq. Selamat bersahut uolss!~ ;)

Thursday, August 12, 2010

Cantik ke??


Mari dekat.. Mari dekat.. (macam sheila rusly dlm iklan mayonis) . Cube lihat di bawah ini apa?




Yea bebeh.. I got
BEAUTIFUL BLOGGER AWARD! ha jeles x? jeles x? Kebeautifulan I diiktiraf akhirnye T_T nanges sebab sangat terharu. (ok poyo). Ni rasa nak pegi audition untuk gadis melayu nih. haha.


Ok pastu ade few things yang kena buat. Biasa la award winner kan..

1) Thank and link the person that gave you the award
   
This award was given by zatilaqmar my friend yang sangat comel kecik2 orangnye. And she's brilliant too! Arigato gozaimas atil-san! You too are beautiful ;) (sspian mmg sume cantik2. no doubt. haha!)

2) Pass this award on to 15 bloggers you've recently discovered and thought are fantastic


Because we are in the month of Ramadhan so I'm big-heartedly gonna give this award to all ladies in my blog list. (yang lelaki tak dapat ye). So here we go:-

  1. Bella Belon 
  2. Mak Batin 
  3. Izzy  
  4. Miss Omay
  5. Illy
  6. Vivy S.
  7. Syaza
  8. McAu
  9. Peroz
  10. Ty Azeanty

Eh tak sampai 15 pun. hehe. They are my friends, all pretty and precious in their own way.  Deyy.. I kawan ngan orang cantik je tau! Tak pecayaa?? Boleh blah.

3) Contact the owner and let them know that they've won the award

Will do later.

4) State 5 things about yourself

  • Saya masih bujang belum berkahwin. 
  • I don't like wearing necklaces and rings. Dah cube try pakai cincin tapi malangnye cincin tu pun hilang. Nampak sangat tak seswai kan.
  • My wisdom tooth is annoying.
  • I love singing songs but with my own lyrics. Ok padahal tak hafal lirik kan.
  • I think my favourite color is green because I have green handphone, green handbag, green t-shirts bla bla bla and recently I am salivating over a green color facial set-bowl;spoon;brush. Sangat comel. But this pink layout? Don't ask me why.

Hmm.. Bile nak time nak bagi ucapan nih?


Tuesday, August 10, 2010

Dia datang lagi!


Harapan Ramadhan by Raihan ft. Man Bai





Saya dedikasikan lagu ini untuk anda semua. Yes, you included. Esok dah kena mula puasa 1 bulan. Bleh puasa ke? hehehe...


Jadi harapan Ramadhan tahun ni nak semayang terawikh 20 rakaat setiap hari. Ok tipula setiap hari kan. Bila mampu la. At least seminggu ke. Semoga berjaya untuk saya!


Nak kuruskan badan? Hmm.. Tak pernah dalam hayat hidup ni, bila bulan puasa berat turun. So, takyah nak mimpi di siang hari. Malam je mimpi indah. hehe.


And harap sangat sangat sangat dapat call di bulan yang mulia ini. Semoga dibukakan pintu rezeki buatku. Amin~


Juga selamat berpuasa untuk anda semua. Jangan membazir rambang mata bila pergi bazar Ramadhan (rindu time g bazar kt utp ngan kengkawan.. sob2). Bolehla praktikkan skil memasak masing2 untuk menu berbuka. Kalau tak sedap pun mesti habis jugak sebab orang tengah lapar masa berbuka tuh kan haha. Banyakkan beribadah  dan pakai pakaian yang sopan2 ye rakan2 sekalian. hehe. 
Semoga ia lebih makan bermakna~


Apa harapan Ramadhan anda?





KUCING UNTUK DIBERI



Ye untuk diberi bukan untuk dijual. Not for sale. Tak baik jual beli kucing tau tak?


macho cat


Biodata :

  • Nama penuh: Chocobee
  • Nama manja: Choc, Choco
  • Jantina: Jantan
  • Umur: Lebih kurang 1thn kot. Muda lagi macam hujung remaja.
  • Jenis: Urban village tapi bulu lembut
  • Kaler: Coklat gelap
  • Gigi: Berterabur 
  • IQ: Bodoh takleh nak diajar. Tak pernah sekolah.
  • Makanan kegemaran: Ikan, ayam daging, nasik, keropok, naget, biskut kucing. Fries, honeystar, kellog's K dan sume sayur dia tak suka. Tak makan sayur nih.
  • Personaliti: Manja; lincah bila perlu; suka tidur; annoying bila lapar which is sepanjang hari
  • Hobi: Tidur dan makan
  • Kelebihan: Boleh berdikari sendiri contohnya minum air dari dalam besen; Lompat dari tingkat atas rumah ke bawah; menangkap cicak dan lipas di rumah; pandai ayat kucing jiran sebelah.
  • Keburukan: Berak dan kencing dalam timbunan pakaian especially yang baru angkat dari jemuran; makan nasik bungkus di atas meja; mencakar sofa; mengintai orang dalam toilet
  • Motto hidup: I will follow you. Choco akan ikut ke mana sahaja anda pergi, sehingga ke dalam toilet.



bermalasan atas lazy chair

tidur sepanjang masa

boleh berfungsi sebagai bantal sendal(fokus belakang manusia baju biru)


Mereka yang keseorangan(lonely) amat sesuai sekali memiliki kucing ni sebab he'll follow u everywhere u go. Macam anjing yang setia pada tuannya. 

see, manja sangat olololo..

Pencinta kucing tegar juga boleh berebut2 untuk memiliki kucing ini. I'll give it to u for free. FREE ok! No hidden charge. Dahla free, dapat free gift lagi iaitu cat food cap smart heart. Eh ke cap smart cat? Ala yang ada iklan dalam tv tu tapi bukan frieskies or whiskas. Just amek and bawak balik rumah. Kalau boleh pos aku pos. hehe.

Close up

Sape2 yang nak biakkan kucing betina dia pun boleh amek si Choco neh. I guarantee he is as strong as a horse. haha! ok cheesy. Handsome ape Choco, sure anak2 die comel2 sume. Kalau tak comel anak die bleh bagi kat aku. Aku love kittens. Yang tak comel pun rasa comel. 

Ouh reason aku dah tak nak si Choco ni? Sebab dah meluat sangat amat dah dengan dia ni. Makin lama makin menyakitkan hati. Semalam dia kencing lagi dalam timbunan baju baru basuh. Terpaksa basuh balik. Sakit hati tau tak?! Sebelum dia mati terbunuh sebab kena lempang, baik korang amek die simpan kt umah korang!


Sunday, August 8, 2010

Stop looking down on me!


Aku rasa emo yang amat bila haritu ada seorang pakcik yang konpem pekerjaan dia berbisnes, cakap pelajar universiti sekarang tiada hala tuju, tiada matlamat hidup, atau dalam maksud tersirat dia tak berguna lah tuh. Masuk universiti belajar teori je pastu bila grad tak tahu nak buat apa, takde kerja. Erm pakcik, saya graduan universiti ye, tak perlu la tembak depan2 camtuh. 

 "Buat apa masuk universiti blaja lama2 tapi bila keluar kerja gaji sikit.. Baik buat bisnes. Budak2 skang ni xnk kalu orang suruh berbisnes. Rela kerja makan gaji...." kata pakcik tu lagi yang aku yakin dia rasa dia adalah peniaga-berjaya-poket-tebal-xpayah-masuk-u-pun.

Amboih pakcik sedap mulut je bercakap. Macam saja je nak perli aku kan mentang-mentangla aku ni degree holder yang kerja kerani je kan. Pakcik ingat semua orang reti nak berniaga ke? Kalu tak minat cane nak bisnes? Cakap ikut sedap mulut jela orang2 tua zaman sekarang ni. Ke dari dulu lagi? 

Terguris hati suci aku bila pakcik cakap macam tu. Nak melawan malas. Pakcik la katakan. Aku bukak sume cite aku jap g kang dia cakap aku berlagak plak. Takpela pakcik, pakcik berlagak jela sorang2. Saya taknak bukak pintu neraka banyak2.

Time tu aku rasa kan bagus kalau pakcik ni ada power cam Edward tu leh baca fikiran orang. Biar dia baca sket apa yang aku tengah fikir masa tu and buat die sedar diri. Ni cakap ikut suka hati je. Seronok je kan sambil main iphone die yang kaler merah-buat-aku-tertarik tu kan cam nak show off je ade fon dua tiga keping. Tau la fon aku oldskul kaler ijau je.

Tapi sebenarnya aku tak puas hati dia cakap pelajar universiti tiada haluan hidup. Ish! Dulu ada gak pernah terpikir camtu. Macam ikut je apa yang terjadi. Orang masuk u, kita pun masuk u gak. Tapi sebenarnya bila dah masuk u tu, haruslah semua orang dah letak target harus grad lepas tu kerja kan? Mana ada orang yang tak mau kerja lepas grad. Cuma rezeki masing2 la, ada yang cepat, ada yang lambat. Macam aku jugak, dah belajar engineering haruslah aku nak kerja jadik engineer kan. Takdela plak aku rasa nak jadik pilot ke nak jadi doktor ke bila dah grad ni. Tu bukan matlamat/goal/target/cita2 ke?

Pastu pakcik sambung lagi, "Kerja ngan kerajaan berapa sen la sangat dapat bulan2. Setakat seribu 2 ribu tu memang takleh nak kaya la..." . Pakcik, tu zaman bila gaji kerajaan seribu 2 ribu? Rasa-rasanya kalu gaji cikgu pun leh cecah 3 ribu skang. Eh yeke? Aku cam penah dengar la tak tau kalu cikgu2 nak berlagak jugak kan. Like I care. Pastu kerja kerajaan senang nak buat loan rumah, bayar setiap bulan pun rendah je and on medical side memang ditanggung beres la kan. Adalah advantages dia kan. Nasib baik takde orang kerajaan kat time tu. Kalu tak, kecik dah hati dia. 

"Nak berniaga ni senang je. Untung pun banyak. Orang skarang ni tak nak berniaga sebab takde modal je sebenarnya.." sambung pakcik lagi.

"Erm betul jugak tu. Yela mane nak carik duit banyak2 nak buat modal kan.." aku layan jela pakcik tu kan.

" Tula dorang ni tak tau skang ada program nak tolong budak2 muda ni bleh pinjam 100k nak buat modal pastu bagi lagi latihan camne nak buat bisnes ikut bidang yang kita minat.." kata pakcik bersungguh-sungguh macam nak hasut aku buat bisnes. Tapi aku tak sure 100k tu pinjam ke dapat terus. Tak ingat dah.

Aku pun reply lagi " Ouh ade eh... Tak tau plak. Takpela saya belajar dulu pun skolership dah 100k gak. Tak nak la hutang 100k lagi. Hehehe..." sambil gelak konon comel tak bersalah la.

"Dulu kat u orang bagi skolership sebab pandai. Ni dah abes belajar nak carik kerja dah tak pandai dah!" Pakcik melontarkan kata-kata tanpa belas. Nampak disitu pakcik tak paham apa aku cuba sampaikan. Yela pakcik, pakcik sorang je yang pandai pun skang ni. Ada aku kesah? Ada aku mintak duit kau?

Pakcik ni tak puas lagi nak perkecilkan aku kot so die tanya, "Ni first kerja ke lepas grad? Dah lama ke abes blaja?". Nada pakcik sedikit annoying.

Lalu aku jawab dengan sopan dan santunnye, "Baru je pakcik, result pun belum keluar lagi. Ni saya kerja sementara je. Sambil2 tunggu Petronas panggil saya. Saya dah lepas interview dia aritu. Harap-harapnya cepatla dorang panggil ..." . Dengan harapan pakcik tu paham aku berhutang RM100k untuk belajar 5tahun tu bukan semata-mata nak kerja dok main fesbuk sepanjang hari k.

"Ouh.. Kalu kerja ngan petronas takpela, gaji banyak ribu-ribu. Kalu ngan gomen xyahla.." Pakcik berkata. Mungkin mata dah terbukak sket la tuh. Jangan menilai buku dari kulitnya pakcik. Nama je pakcik tapi macam kurang makan garam je ni. Tak paham aku.

Hari ni tiba2 pakcik datang lagi kt ofis ni. Aku tanya kenapa pakcik nak cari boss ni tapi pakcik tak nak bagitau aku. Pakcik kata ada nak bisnes tapi bila aku tanya bisnes yang latest boss saya buat ni ke, pakcik tak nak jawab. Pakcik ni menyusahkan saya la tau x? Pakcik ingat pakcik bagus sangat ke??? Saya perlu tau semua tu sebab boss saya suruh amek tahu. Tahu x?! huh bleh kena darah tinggi aku kalu semua orang macam tuh. Suka hati kau la pakcik tua.

Tapi pakcik, aku akan sahut cabaran pakcik untuk menjadi graduan berguna dan membuktikan bahawa kitorang ada hala tuju, matlamat hidup walaupun sekarang aku hanya mampu tawakkal je supaya cepat dapat kerja. Dah masuk 2 bulan nih. haihh~~

kalu dapat ketuk2 kepala pakcik tu cam ketuk drum mesti puas hati kan



G for Glozell because she's so damn funny!



Stress on Sunday morning? Stop frowning before you get old, calm down and let me help you with the stress. Have you ever heard of laughing therapy? Glozell here can show us what is laughing therapy and the effective way to do it. It's so easy and cheap you can do it all by yourself. 






Easy isn't it? Just laugh your heart out like Glozell did. Ok thank you Glozell for your vid and thanks to you guys too for making time to watch Glozell and her laughing therapy tips. hehe. And you can find more of her hysterically funny videos on youtube!


Just a kind reminder, please click on any advertisement that you see on my page before you leave kayhh. hehe. And don't forget to try the laughing therapy and tell me if it really works. Ok buhbye uolss muahhx2!!!  




Bleyh menang contest GCB tak agak2?



Friday, August 6, 2010

Kadang kadang terkenang


Yesterday was 5th and today is 6th. 

My mum is in Sabah and my big sis is in Penang.

My cat is setupid and my lil sis is sick. 

I'm home alone for freaking 5days.

Less talking means more acid in my body = not healthy.

I need to be around people. But not you, desperado! hate you.

What am I gonna eat tomorrow?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Ok actually I kinda miss you. Hence the no purpose post.

Motip???


Wednesday, August 4, 2010

Kau tau ayam-ayam tu ape?


Semalam semalam Kelmarin aku teringin nak makan sup ayam lalu cuba buat sendiri. 1st time ok. Masak sendiri tanpa tanya orang cemane nak buat. Before ni tak pernah buat langsung. Sedap jugak hasilnya. Lagi sedap dari kat kedai. Ha kagum tak? Kagum tak? Ok annoying. Selalu masak sup sayur je. Feveret dish time intern. Tutup mata pun bleh masak. Kan omay

Ok tapi tak susah pun buat sup ayam, campak2 je dalam periuk tu. Eceh macam pro kan. Ok mula2 tu blank jugak cane nak buat. Rasa cam same ngan sup sayur tapi mesti lain sket sebab rasa dia lain kan. Setelah dok pikir2 tu aku pun teringat iklan maggi yang die buat sup ayam tu. Ade sup bunjut. Tapi aku takde bunjut2 tu. Pikir2 lagi aku pun tau dah nak campak apa. Ok tipu aku google je. Cepat sket. Aku malas pikir.

Mula2 tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan black pepper secukup rasa ikut  kuantiti ayam yang nak dimasak. Aku belasah je sebab dalam resepi untuk seekor or separuh ekor ayam. Aku buat beberapa ketul wings dan kaki ayam je. Aku sangat suka ye sup kaki ayam. Terima kasih. Then tumis sume bahan2. Campak bunga lawang, bunga cengkih dan lada sulah. Patutnya kena campak sekali kulit kayu manis and ntah ape rempah lagi tah. Tapi aku campak yang 3 tu je hehe.

Lepas agak2 dah naik bau tu, masukkanlah air, ayam, kentang 2 biji potong dadu2, garam secukup rasa dan secubit gula. Ha pastu biar je dia sampai mendidih. Lepas tu bleh la makan. Potong2 daun bawang dan daun sup sket tabur2 atas dia nak bagi bau wangi. Siap! Skejap je tak sampai setengah jam pun aku masak. 

Gambar takde sebab camera takde si kakak bawak lari jadi sangatla rugi tak dapat amek gambar sup ayam paling sedap abad ini. Ok annoying lagi. Tapi tu macam aku dah ubah sket la sebab aku tak ikut rules bahan2 dia betul2. Lantakla sedap je aku makan tapi. Jadi emak2 mertua diluar sana bolehlah start berebut nak pinang aku untuk anak teruna anda yang kacak bergaya sahaja ye. Haha!


Sunday, August 1, 2010

Kerana lawa dan tak lawa.

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman…


Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh, tak reti komunikasi betul…


Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih…kesian


Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak macam sial…


Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!


Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…


Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….


Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh! 


Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….


Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:… patut pun kena reject…


Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus… penuh kasih sayang


Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar


Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…


Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….


Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….


Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever


Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada…


Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata: sukenya….


Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: balik-balik email dia… boring






Renung-renungkanlah dan selamat beramal!



Senaman kening!



Do you feel like moving your eyebrows when you watch this ad on tv? I do! Everytime! haha..



kening cantik?