Wednesday, August 4, 2010

Kau tau ayam-ayam tu ape?


Semalam semalam Kelmarin aku teringin nak makan sup ayam lalu cuba buat sendiri. 1st time ok. Masak sendiri tanpa tanya orang cemane nak buat. Before ni tak pernah buat langsung. Sedap jugak hasilnya. Lagi sedap dari kat kedai. Ha kagum tak? Kagum tak? Ok annoying. Selalu masak sup sayur je. Feveret dish time intern. Tutup mata pun bleh masak. Kan omay

Ok tapi tak susah pun buat sup ayam, campak2 je dalam periuk tu. Eceh macam pro kan. Ok mula2 tu blank jugak cane nak buat. Rasa cam same ngan sup sayur tapi mesti lain sket sebab rasa dia lain kan. Setelah dok pikir2 tu aku pun teringat iklan maggi yang die buat sup ayam tu. Ade sup bunjut. Tapi aku takde bunjut2 tu. Pikir2 lagi aku pun tau dah nak campak apa. Ok tipu aku google je. Cepat sket. Aku malas pikir.

Mula2 tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan black pepper secukup rasa ikut  kuantiti ayam yang nak dimasak. Aku belasah je sebab dalam resepi untuk seekor or separuh ekor ayam. Aku buat beberapa ketul wings dan kaki ayam je. Aku sangat suka ye sup kaki ayam. Terima kasih. Then tumis sume bahan2. Campak bunga lawang, bunga cengkih dan lada sulah. Patutnya kena campak sekali kulit kayu manis and ntah ape rempah lagi tah. Tapi aku campak yang 3 tu je hehe.

Lepas agak2 dah naik bau tu, masukkanlah air, ayam, kentang 2 biji potong dadu2, garam secukup rasa dan secubit gula. Ha pastu biar je dia sampai mendidih. Lepas tu bleh la makan. Potong2 daun bawang dan daun sup sket tabur2 atas dia nak bagi bau wangi. Siap! Skejap je tak sampai setengah jam pun aku masak. 

Gambar takde sebab camera takde si kakak bawak lari jadi sangatla rugi tak dapat amek gambar sup ayam paling sedap abad ini. Ok annoying lagi. Tapi tu macam aku dah ubah sket la sebab aku tak ikut rules bahan2 dia betul2. Lantakla sedap je aku makan tapi. Jadi emak2 mertua diluar sana bolehlah start berebut nak pinang aku untuk anak teruna anda yang kacak bergaya sahaja ye. Haha!


4 comments:

Fairoz Nadrah said...

r u sure sedap??

ezzah k. said...

sehingga menjilat jari! haha of coz la sedap. aku berbakat kot masak memasak nehhh

humairah said...

haha.. betoll.. aku akui.. ezzah mmg berbakat.. sbb tu ktrg xpenah kelaparan tym intern.. ade je bende nak masak with limited resources.. kan kan kan.. =)

ezzah k. said...

omayyy.. u buat i malu la..~

haha! ko yg slalu masak kan padahal haha.. tula nasib baik xsmpat masak laksa kan. kalu x mmg bleh wt partime la jual laksa ;P