Thursday, July 29, 2010

Haiyoo!


Today we found a green sleeveless top on the sofa which obviously does not belong to me or my sister. Tetttt!



Wednesday, July 28, 2010

Petua Cik Kiah

Pernah tak rasa nak tersenyum/tergelak yang tak boleh dikawal tapi kita tak sepatutnya/taknak senyum time tu? 


Contohnya bila kita sedang marah-marah tiba-tiba ada plak yang buat lawak yang memang tahap nak tergelak tergolek. 


Or rasa lawak bila tengok orang buat presentation tapi harus buat muka serius dan fokus sebab duduk depan tak nak downkan dia or kot2 dia tergelak sama. 


Atau bila kita excited terjumpa atau sedang bercakap dengan orang yang kita suka tapi perlu tunjuk cool supaya tak kantoi tersengih-sengih depan dia macam kerang busuk. 


Tipula kalu tak pernah kan. Jadi jangan menipu lagi mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini.



  1. Buat muka seketat yang boleh dan jangan bercakap. Konon2 sedang control amarah.  Kalau sekali anda bukak mulut, konpem gelak punya. So, baik tutup mulut dan buat2 sedang bertenang. Ini sesuai apabila anda sedang marah sahaja ye.
  2. Salurkan senyuman ke mata dengan membesarkan dan mebulatkan mata. Mulut mantain. Dengan ini pandangan mereka yang melihat akan tertumpu ke bahagian mata kita lalu tidak perasan kalau2 kita terlepas senyum. Pastikan saiz lubang hidung anda tidak bertambah kerana ini akan membuatkan rupa anda seperti lucu. Jika mulut masih hendak melontarkan senyuman gatal, ketap bibir seperti wanita pakai lipstick, mata tetap dibesarkan. Sesuai bila sedang tengok orang buat presentation kerana anda akan kelihatan berusaha untuk fokus dan faham apa dibentangkan. Lain2, tidak digalakkan mengetap bibir.
  3. Jika rasa hendak tersenyum, terus seluk poket seluar atau geledah handbag carik henpon konon-konon ada sms masuk. Tumpukan perhatian kat penggeledahan mencari henpon. Pastu dah jumpa buat-buat baca sms lah. Reply sket kalau perlu. Bila dah agak-agak bertenang tu, boleh sambung perbualan. But don't take too long. Nanti dia bosan lak tunggu korang kan lalu blah camtu je. Ha kan dah rugi disitu.
  4. Kalau macam tengah makan tu, senang jela. Sila tengok makanan. Nescaya boleh sorok senyuman gatal tuh dan juga muka yang rasa-rasa macam panas and merah. Blushing omputih kata. Tapi kalu cam aku, blushing pun tak nampak rasanya. Jadi tiada masalah sangat. haha!
  5. Untuk kes-kes dimana ada rakan anda disebelah, bolehla pusing ke arah rakan lalu buat-buat bertanya sesuatu yang macam penting. Tapi kalau rakan anda jenis yang suka membahan menyakat, lupakan sahaja kerana keadaan akan bertambah buruk. Kemungkinan besar anda akan terpecah gelak yang besar, (sah2 lah habis hilang sume kesopanan dan kesusilaan gadis melayu kan) atau pun rakan anda tu buat-buat tak paham lalu memalukan anda dengan lebih teruk lagi.

Tapi yang paling penting sekali sebenarnya terletak pada kekuatan mental kita ye. Sejauh mana akal fikiran kita boleh suruh and control diri kita dari tersengih cam bodo. hehe. Ok selamat mencuba!


Tuesday, July 27, 2010

Let's sing together uolss!


Masih Aku Terasa by Gersang



Singing out loud like nobody's business. Care to join?
Muka layan kepala goyang.


Monday, July 26, 2010

Same different.



Perempuan bertudung labuh sampai ke lutut. Tapi mulut mengumpat orang sana-sini berbakul-bakul. Rasa diri bagus sangat ke kalau tudung pun comot sana-sini bau kepam macam budak form 1? 


Lelaki berkopiah muka bajet alim nak suruh orang hormat. Tapi mata melilau tengok perempuan atas bawah, atas bawah. Tak malu ke dengan kopiah kat kepala tu?


Realiti dunia hari ini, Islam pada nama dan fizikal. Tapi hati, wallahualam.



Sunday, July 25, 2010

Sabar jela...



Banyaknya dugaan hari ni.


Pagi-pagi dah emo cam kena tunggu turn nak iron baju masa zaman sekolah-sekolah dulu sebab kena bangun awal pegi kerja!


Pagi-pagi dah pusing kepala. Jalan pun dah macam orang mabuk.


Pagi-pagi setan dah banyak gayut kat mata. Konon nak nap 10mins tadi pun dah jadi tidur yang lena sambil mulut nganga 1 jam. Kalau cicak tengok mesti rasa nak gugurkan bom baik punya. Tu pun masih ngantuk lagi. 


Agak2 matahari dah condong ke barat sket tu, ada sesi makan durian, rambutan dan langsat/duku tak pasti. Memang terbaiklah bau dia kan. Pastu semut pun bukan main melekat kat rambutan tu. Malang berbau durian, kena pulak buang semut kat rambutan tu. Aku puasa oke? Kurang pahala puasa disitu sebab membunuh semut.


Semut2 rambutan ni memang kental amat. Rendam dalam air pun tak nak mati. Ke memang semut bley idop dalam air? Habis kaki tangan aku menjadi serangan semut. Nasib baik seluar aku semutproof. Semua yang mencuba nasib untuk masuk tu memang tak selamat. Sorry korang, aku memang tak suka semut. Annoying.


Seorang pakcik sibuk menjual minyak kepada seorang nenek hot depan aku. Siap main cuit-cuit kau! Nenek hot tak berminat tapi, malah geli bulu hidung. " Kot ye pun nak ngorat aku, janganlah ada bau orang tua..." ngomel nenek hot.


Kepala masih pusing, jalan masih mabuk, mata masih ngantuk. Hidung bau durian.


Layan muka buku, tengok gambar Nabilah Liyana pegi konsert Yuna. Nabilah pakai dress sweet belang-belang. Yuna pakai legging.


Tiba-tiba bos dah tergolek atas sofa. Dengkuran halus berkumandang. Arghhhh!






Tak larat

Hye..


I'm still dizzy from last night.


I'm gonna have to sleep take 10mins nap,


in the office right now....









Saturday, July 24, 2010

Baby one more time stronger!



Di suatu malam yang tak berapa hening. 


Angin bertiup laju diluar rumah. Daun-daun gugur berterbangan dibawa angin bersama sampah-sarap yang merata.


Kelihatan dua gadis cantik sedang mengguakan diri didalam bilik selepas kekenyangan menjamah makan malam. Masing-masing dalam dunia sendiri.


Gadis E hanyut dalam melayari dunia maya tanpa sempadan.


"...ketak..ketak..ketak..." Gadis E menekan-nekan keyboard dengan rakus.


Gadis S membelek-belek barangan yang telah berjaya dikumpul hasil lawatannya ke pusat membeli-belah yang popular di negeri ini.


"Internet utp punye nyamuk! Jangan gigit aku! Pegi main jauh2! $#$@%&*@!" Bentak Gadis E secara tiba2, lalu meneruskan carutan2 manja.


Kipas disiling tetap tekun dan tabah menjalankan tugasnya bagi memastikan gadis-gadis cantik lagi berwawasan tidak tertekan dek haba pemanasan global kesan rumah hijau. 


Sawang dibucu siling meliuk lentuk ditampar angin kipas.


Dengan suara yang sengaja dilunakkan ala2 Siti Sarah, lalu Gadis S menyanyi riang "...Show me, how you want it to be..tell me baby..Cause I need to know now what we've got..My loneliness is killing me..I must confess, I still believe~..now it's nothing but my way.. my loneliness ain't killing me no more...~


Eh?








kalu tak paham pegi belajar lagu britney balik. Tula kecik2 belajar lagu ABC je sape suh.

Thursday, July 22, 2010

Gebu macam beruang.


This one is for you ;)



comel kan?




Smiles and laughter, joy and cheer
New happiness that stays throughout the year
Hope your birthday brings all these and more
Filling life with surprise and joys galore!


Wishing you all the best in the years to come. May your days be filled with sunshine and beautiful colors. And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.





Lukis tak guna tikus, bunga pun cacat. Tapi itu seni kan?

Wednesday, July 21, 2010

ORENG!

Lets take a look at my workplace. Yes. Now I'm WORKING as a clerk at a very small company in Kota Bharu. So stop asking about my job oke. It's temporary while waiting for my future employer ehem Petronas to call me and offer a position(just call me now and give me that damn job!). So now I'm just helping out my mum's friend. Her clerk just resigned so she asked me to fill in the place which means no more waking up in the afternoon for me. Too bad~

Basically my job is to open the office in the morning and blogwalking the whole day. And of course, camwhoring.

very small isn't it? 

my workstation. bersepah buat invois.

ok xde keje xde orang

makan picnic sambil main fesbuk. double chin noticed!

tekun bace blog orang

my first attempt wearing tudung lilit2 to work. senonoh x? haha



But I seriously think that the office is haunted. The door always make sound like it's being pushed by somebody but obviously there's no other human being in the office except for me. Me ALONE. Perhaps that 'thing' want to befriend me? Accompany me? Please, no thank you.

B for Balqis!



B for Birthday!


B for Blessed!


B for Big! ;p


B for Best! 


B for Brother!


B for Bright!


B for Belon!


B for Brilliant!


B for Beautiful! (kipas2)


B for Bold!


B for Butterfly!


B for Bug!


B for BAQ! ;D








Sweet 26th! hehe sweet lagi ko? I love you so be who you really are no matter what people say cause they dont know what's best for you except u yourself ! Later you belanja me ok? ;DD






B for Blog! eh?

Tuesday, July 20, 2010

JCARE for Life.


Zaman sekarang ni memang ramai orang ada penyakit kencing manis atau diabetes. Tak tau la pulak kalau kat zaman dulu sebab tak hidup lagi kan time tu. Tapi rasanya kurang sikit la dari zaman sekarang ni sebab orang sekarang ni macam-macam makanan nya. Semua nak dicuba, makan tak hingat dunia. Ye tak? YE~~~.... (sendiri jawab).

Kencing manis ni, bukan kencing masam atau pahit, biasanya orang yang dah agak-agak berumur selalu ada. Tapi budak-budak pun sebenarnya ada yang kecik-kecik lagi dah kena kencing manis. Yang kecik-kecik dah kena kencing manis ni memang kesian. Sebab diorang ni biasanya dah kena cucuk insulin bagai. And pesakit kencing manis ni dia cepat letih, lesu, tak bermaya sume lah. Tak berapa bersinar lah senang kata. Kalau dah budak-budak tu mesti la suka main kan? Tapi kalau dah cepat penat tu cane nak main lama-lama kan? 



Apa itu Diabetes a.k.a Kencing manis?






Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit). (Wiki, 2010). hehehe....

Ok senang cite diabetes or kencing manis ni disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi melebihi paras normal iaitu 7 dan ke bawah. 7 tu pun dah kira tak lama lagi nak ada kencing manis la tu kalau tak jaga makan. Kencing pesakit tu manis ke tak aku tak sure la plak kan sebab tak penah lak rasa tapi dengar-dengar memang air kencing takde rasa manis. Rasa lain mungkin adela. Nak tau lebih lanjut, cuba la rasa sendiri hahaha..

Malas nak bebel banyak-banyak, enjoylah gambar-gambar kat bawah ni betapa horror dan bahaya nya penyakit neh.

Ni contoh jari kaki yang dah buruk dan layak dipotong. Jari jadi hitam sebab sel-sel dah mati sebab darah mengalir. Ha camtulah lebih kurang kot. Selalunya jadi macam ni kalau ada luka-luka kat kaki sebab terpijak kaca ke, digigit tikus ke(ini sirius, ada case oke), or terkena hot water(air panas). Pesakit ni bila dia kena mende-mende ni sume kadang-kadang diorang ni tak rasa tau. Macam tak sedar la dah terluka sebab biasanya kaki diorang ni rasa kebas yang sangat hebat la sampai tak rasa tu kan. Sedar-sedar eh kaki dah hitam. Bila kaki dah hitam macam dalam gambar tu memang mintak tak harapan untuk diselamatkan dah la. Selamat untuk dipotong adalah. Kalau tak nak potong pun boleh jugak sebab lama-lama kalau biar dia akan reput and putus sendiri. Tak ngeri ke? So, eloklah potong cepat-cepat sebab kalau tak ia akan merebak ke bahagian kaki yang lain. euuww!


Geli tak? Geli tak? Habis blog aku jadi geli-geli. Sumpah kalau tengok live ni memang tak nak tengok la. Kalau tak nak jadi camni silalah jaga kesihatan anda ye. Watch what you eat and drink lots of water. Mineral water paling bagus. Banyak orang tak suka minum air lagi-lagi air kosong. Air kosong sedap kot. No? Nasib baik aku jenis yang suka minum air kosong even untuk breakfast(minum air manis sakit perut you) tapi kadang-kadang tu adela jugak terlupa minum air. 





Yang ni memang geli tahap dewa kepala ular bercabang lapan aku rasa. Actually ulat-ulat tu bukan terbiak hasil dari luka nanah-nanah busuk jijik tu. Tapi ini adalah salah satu kaedah rawatan menggunakan ulat bagi membersihkan luka-luka tu semua. Ulat-ulat ni berasal dari lalat yang memang diternak untuk dapatkan telur dia. Telur lalat ni kemudian akan jadi ulat la. Of course ulat-ulat geli ni akan di-sterilize sume dulu before diletakkan kat tempat luka tuh. Kiranya ulat ni bersih la tak de bakteria-bakteria lain.Ulat-ulat ni akan makan sume nanah-nanah and kulit-kulit mati kat tempat luka tu sampai habis. Kulit baru and daging ulat tak makan. Don't worry. Kaedah rawatan ni memang efektif la untuk pembersihan dan penyembuhan luka. Tapi dah sembuh luka pun, kencing manis still ada kan? Possibilities untuk luka kat tempat lain still ada kan?




Ibu jari dah hitam tu jap lagi dia gugur sendiri bak bunga sakura di musim luruh. (stop kunyah twisties)


Dalam gambar di atas ni menunjukkan organ-organ dan bahagian badan manusia yang akan mengalami kegagalan berfungsi(btul ke grammar BM aku ni) bagi penghidap penyakit kencing manis. Satu penyakit, attack sume. Bayangkanlah sendiri betapa rosaknya tubuh anda ketika itu ye. Mata akan jadi rabun bagi yang tidak rabun pastu lama-lama jadi tak nampak terus, gigi and gusi berdarah kot?  ke luruh(ntah xsure), pankreas problem jus takde, buah pinggang lama-lama rosak jugak takleh nak menapis then kena buat dialisis(buat dialisis kena pakai duit), mati pucuk, kulit kusam, isi daging tak firm dan sebagainya.


My ummi pun dulu ada kencing manis. Anak-anak selalu membebel bila dia nak makan buah-buahan tempatan yang memamg terkenal manisnya especially buah durian yang memang sangat sedap nak mampus tu. Semalam baru melantak 2biji sorang-sorang haha. Memang ummi kurus kecil je orangnya tapi itu after dia disahkan ada kencing manis. Before tuh takdela kurus sangat. Ok-ok jela just nice cmtu. Tapi bila dah ada kencing manis ni makan pun kena pantang la. Nasi tak leh makan banyak-banyak sebab karbohidrat la yang penyumbang gula terbesar kepada badan kita ye adik-adik. Malam memang ummi tak makan lah kan sampai kitorang sekali terikut-ikut tak makan malam. Sebenarnye tak makan sebab takde makanan takde orang masak hehe. So. memang dinner ikut suka hati jela biasanya ya anak-anak sekalian.


Sugar count dalam blood ummi dalam 15-18 camtu la biasanya and kalau makan ubat hospital kurangla sket sugar count tu. Ubat dia takyah cakap la sekotak banyaknya yang nak kena makan. Bayangkanlah kalau everyday nak kena makan banyak jenis ubat. Tak ke penat tu? Aku yang tengok je pun ni naik nak muntah. Muka pun tak ceria asyik letih tak bermaya je ummi time tuh. Dahla kurus. Memanglah darah turun, tapi tahukah anda makan ubat banyak-banyak sebenarnya tak bagus? KEnapa? why? Tak tau? Nak Tau? ok. Sebab bila dah hari-hari makan ubat dalam kuantiti yang banyak lama kelamaan hati kita tak mampu nak rembes jus/enzim untuk neutralize suma ubat-ubat ni. Eh yeke? Camtula lebih kurang. Kalau tak betul sikit tu pegila tanya kt saintis. I am not a scientist ok. Sambung2. Nanti akan dapat heart problem and seterusnya ginjal pun problem gak. Ini doktor sendiri yang cakap kat ummi. And doctor pun selalu nak suruh ummi cucuk insulin dah. Tapi nasib baik ummi saya jenis degil. Dia rasa dia lagi terer dari doctor kot so dia cakap tak nak cucuk lagi sebab dia tau once dah cucuk memang kena bergantung hidup mencucuk la setiap hari. Memang jadi doctor sendiri tak perlu susah-susah belajar medic time kecik-kecik.


Disebabkan tak nak kena cucuk ni, ummi pun memang rajin la cari penawar untuk kencing manis dia ni. Sume yang orang syorkan dia cuba. Cakap jela apebenda. Teh misai kucing, petai(yeke?), daun kapal terbang(tau x?) dan macam-macam la cerita dia. Then one day, ada orang syorkan dia makan satu ubat ni. Dia tak yakin jugak mula-mula tuh. Dahla macam mahal. Tapi bila dengar testimonial pengguna-pengguna dia memang mujarab la. Semua semakin sihat dan gembira. Ubat apakah?




TA DAAA!!! (rasa nak sepak tak?)




Yes ladies and gentlemen,  JCARE-SU and JCARE-IN! Ubat herba traditional yang terbukti dapat mengurangkan kadar gula dalam darah anda dalam masa beberapa hari sahaja dan seterusnya menyembuhkan anda dari penyakit kencing manis menjadikan anda berkencing normal secukup rasa. Cara-cara nak makan ubat ni boleh dirujuk di sini.

JCARE-IN - kombinasi herba2 istimewa yang terpilih di seluruh dunia. Dengan menggunakan kaedah bio-teknologi moden dan sistem pengekstrakan dingin, JCARE-IN berjaya dihasilkan sebagai produk yang unik bagi produksi insulin dan mengimbangkan fungsi pankreas. Ia berfungsi menjaga pankreas anda. IN is for insulin.







JCARE-SU - mengimbangkan glukosa dalam darah anda. Produk yang unik bagi mengimbangkan tahap glukosa dalam darah anda. SU is for sugar.


Fungsi kedua-duanya adalah untuk:-
  • menggantikan keperluan untuk ubat-ubatan atau kegunaan suntikan
  • melegakan komplikasi berkaitan dengan kondisi anda seperti kelihatan kabur, gangren(kebas) dalam kaki, keletihan dan sebagainya
  • meremajakan organ2 yang mustahak seperti hati, buah pinggang, pankreas dan jantung

So now ummi dah makan ubat ni dalam sebulan lebih and glucose level dia skang adalah 4-5 camtu je dimana bermaksud( which means) no kencing manis tanpa perlu makan ubat hospital yang banyak gile tuh. Totally normal! And skang dia dah makan 1 pil je sehari. Before ni 2 pil during breakfast and dinner. Muka pun dah makin berseri-seri, keremajaan kembali, sentiasa bersemangat, gangren kaki pun dah kurang, makan tak perlu pantang! Itu yang penting sekali. Hebat tak? Siyes tak tipu. Setiap hari pun ummi takde kt rumah sibuk ke hulu ke hilir buat apa tah aku tak amek tau tapi aku yang setiap hari bangun lambat pun masih mengantuk lemah tak bermaya macam orang puasa tak sahur pagi. Ke aku ada kencing manis gak? uishhh!


Macam yang aku cakap tadi ubat ni macam mahal sikit la sebab 1st time beli harga dia RM600 untuk satu set. Tapi untuk pembelian kali ke seterusnya adalah RM420 sahaja. Agak mahal, tapi mari kita cuba lihat dari sudut ini, duit banyak-banyak pun tapi kalau badan tak sihat buat apa? Duit simpan banyak-banyak pun bukan nak bawak masuk kubur pun. Ye idak? Oleh itu, apa salahnya melabur untuk kesihatan diri sendiri lalu happily ever after.


Jadi kepada sesiapa yang mempunyai ibu bapa atau sedara mara atau kenalan yang menghidap kencing manis, bolehlah mengesyorkan mereka dengan JCARE neh. Memang tak rugi lah. Kalau diri sendiri yang ada kencing manis, ha apa lagi jangan malu-malu nak cuba ubat nih. Kalau tak turun jugak glucose level tu, jaminan wang akan dikembalikan dalam 15hari. Dijamin. 


Jika anda berminat ke arah tubuh badan yang lebih sihat bertenaga atau ada persoalan yang belum terungkai, jangan ragu-ragu (dont hesitate) untuk mengemail kepada saya di bluepurp@gmail.com. Bersama menuju kesihatan tubuh yang total. LUARBIASA INI!!~~




Ummi saya lucu.



Situasi 1: Dalam kereta. Hot Fm stesen kegemaran..

Anak2: Hahahaha... (gelak dengar apebendetah Fafau pekena orang)
Ummi: Macam mana nak buat palinggan hangit ni? 
Anak2: Hahahhahaha! (gelak lebih kuat dari tadi.)


Situasi 2: Di ruang tamu tengah duduk tengok-tengok catalog cat rumah.

Ummi: Ha ni kaler Wabasi pun cantik jugak..
Kak Long: Wabasi? Haha apetuh? Wasabi la ummi.. hehe


Situasi 3: Sms dari Ummi to K.long


Ummi: Nanti cocok tu lepas ke luar rumah. Makanan umi dah kasik.


Cocok disini adelah sejenis kucing ye. Nama sebenar ialah Chocobee. ;D





This is Cocok aka Chocobee lazying on a lazy chair.haha. Tapi semalam aku geram betul dengan kucing ni. Boleh tak semalam die berak atas comforter pastu cover taik najis busuk tahap membunuh tu dengan baju aku? Siut punya kucing! Dah la banyak gile berak! Memang rasa nak sembelih je binatang ni tau. Tapi takpe, ada layang-layang ada wau, ada hari jap g aku cat bulu kau!




Wednesday, July 14, 2010

ha..?





Hey, saya masih hidup dan menendang!(still alive n kicking.). Jadi, tunggu ye. Banyak plak yang perlu ditendang. He. He.







Thursday, July 8, 2010

Membuang Sawang di Laman Sesawang. How mehh??



Apa saya buat hari ni?


1) Aktiviti mendobi pakaian - ini memang rutin harian semenjak dua menjak neh.

2) Memakan nasik bersama lala masak serai (kot) dan juga gulai itik serati. Sumpah sedap! No. Tak bukan saya yang masak. Saya tolong makan je. Lain kali saya masak lah.


Ini lala masak serai. lalala~


3) Membasuh kereta - si emak telah mencelupkan tayar kereta ke dalam lopak dimana air lopak itu akhirnya terpercik lalu mencorakkan kereta dengan cantik sekali. Tabiat mencelup tayar ke dalam lopak ini memang tegar dalam kesemua ahli keluarga ini. It's in the blood.

4) Menginaikan rambut si emak - Hasil inaian si anak  memang marveles sekali seperti membuat rawatan di salun rambut. Oh my~

5) Mewarna rumah - Malas nak cerita panjang penat eh cat siling rumah terdongak2 terteleng kepala aku. Dah tu lenguh plak tangan neh. Muscle la tangan ni jap lagi. Ha jangan jeles.


yang dah dicat tu yg dinding belah kanan tuh. cantik ke?


6) Membasuh porsche porch rumah - Saje je nak main air disamping membazir air di kala si emak tiada di rumah pergi membeli tangga baru untuk kegunaan si anak mengecat siling di esok hari. Terima kasih si emak kerana begitu perihatin terhadap si anak yang cukup gayat sungguh memanjat anak2 tangga yang tidak stabil itu .


seronok kan berman air?


7) Menonton drama bersiri ILUSI di tv3 pukul630-730 petang. Best la jugak. Layan je..

8) Membeli-belah battery phone and junkfood di KBMall.


Produktif kan hari saya?

Setelah sebulan tamat pengajian di UTP, adakah saya telah berada di menara gading kini? Define menara gading.

ada macam minah di menara gading ke?










GO GERMANY 2-0!!! (tibe2)