Wednesday, July 28, 2010

Petua Cik Kiah

Pernah tak rasa nak tersenyum/tergelak yang tak boleh dikawal tapi kita tak sepatutnya/taknak senyum time tu? 


Contohnya bila kita sedang marah-marah tiba-tiba ada plak yang buat lawak yang memang tahap nak tergelak tergolek. 


Or rasa lawak bila tengok orang buat presentation tapi harus buat muka serius dan fokus sebab duduk depan tak nak downkan dia or kot2 dia tergelak sama. 


Atau bila kita excited terjumpa atau sedang bercakap dengan orang yang kita suka tapi perlu tunjuk cool supaya tak kantoi tersengih-sengih depan dia macam kerang busuk. 


Tipula kalu tak pernah kan. Jadi jangan menipu lagi mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini.



  1. Buat muka seketat yang boleh dan jangan bercakap. Konon2 sedang control amarah.  Kalau sekali anda bukak mulut, konpem gelak punya. So, baik tutup mulut dan buat2 sedang bertenang. Ini sesuai apabila anda sedang marah sahaja ye.
  2. Salurkan senyuman ke mata dengan membesarkan dan mebulatkan mata. Mulut mantain. Dengan ini pandangan mereka yang melihat akan tertumpu ke bahagian mata kita lalu tidak perasan kalau2 kita terlepas senyum. Pastikan saiz lubang hidung anda tidak bertambah kerana ini akan membuatkan rupa anda seperti lucu. Jika mulut masih hendak melontarkan senyuman gatal, ketap bibir seperti wanita pakai lipstick, mata tetap dibesarkan. Sesuai bila sedang tengok orang buat presentation kerana anda akan kelihatan berusaha untuk fokus dan faham apa dibentangkan. Lain2, tidak digalakkan mengetap bibir.
  3. Jika rasa hendak tersenyum, terus seluk poket seluar atau geledah handbag carik henpon konon-konon ada sms masuk. Tumpukan perhatian kat penggeledahan mencari henpon. Pastu dah jumpa buat-buat baca sms lah. Reply sket kalau perlu. Bila dah agak-agak bertenang tu, boleh sambung perbualan. But don't take too long. Nanti dia bosan lak tunggu korang kan lalu blah camtu je. Ha kan dah rugi disitu.
  4. Kalau macam tengah makan tu, senang jela. Sila tengok makanan. Nescaya boleh sorok senyuman gatal tuh dan juga muka yang rasa-rasa macam panas and merah. Blushing omputih kata. Tapi kalu cam aku, blushing pun tak nampak rasanya. Jadi tiada masalah sangat. haha!
  5. Untuk kes-kes dimana ada rakan anda disebelah, bolehla pusing ke arah rakan lalu buat-buat bertanya sesuatu yang macam penting. Tapi kalau rakan anda jenis yang suka membahan menyakat, lupakan sahaja kerana keadaan akan bertambah buruk. Kemungkinan besar anda akan terpecah gelak yang besar, (sah2 lah habis hilang sume kesopanan dan kesusilaan gadis melayu kan) atau pun rakan anda tu buat-buat tak paham lalu memalukan anda dengan lebih teruk lagi.

Tapi yang paling penting sekali sebenarnya terletak pada kekuatan mental kita ye. Sejauh mana akal fikiran kita boleh suruh and control diri kita dari tersengih cam bodo. hehe. Ok selamat mencuba!


No comments: