Saturday, July 24, 2010

Baby one more time stronger!



Di suatu malam yang tak berapa hening. 


Angin bertiup laju diluar rumah. Daun-daun gugur berterbangan dibawa angin bersama sampah-sarap yang merata.


Kelihatan dua gadis cantik sedang mengguakan diri didalam bilik selepas kekenyangan menjamah makan malam. Masing-masing dalam dunia sendiri.


Gadis E hanyut dalam melayari dunia maya tanpa sempadan.


"...ketak..ketak..ketak..." Gadis E menekan-nekan keyboard dengan rakus.


Gadis S membelek-belek barangan yang telah berjaya dikumpul hasil lawatannya ke pusat membeli-belah yang popular di negeri ini.


"Internet utp punye nyamuk! Jangan gigit aku! Pegi main jauh2! $#$@%&*@!" Bentak Gadis E secara tiba2, lalu meneruskan carutan2 manja.


Kipas disiling tetap tekun dan tabah menjalankan tugasnya bagi memastikan gadis-gadis cantik lagi berwawasan tidak tertekan dek haba pemanasan global kesan rumah hijau. 


Sawang dibucu siling meliuk lentuk ditampar angin kipas.


Dengan suara yang sengaja dilunakkan ala2 Siti Sarah, lalu Gadis S menyanyi riang "...Show me, how you want it to be..tell me baby..Cause I need to know now what we've got..My loneliness is killing me..I must confess, I still believe~..now it's nothing but my way.. my loneliness ain't killing me no more...~


Eh?








kalu tak paham pegi belajar lagu britney balik. Tula kecik2 belajar lagu ABC je sape suh.

No comments: