Sunday, August 1, 2010

Kerana lawa dan tak lawa.

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman…


Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh, tak reti komunikasi betul…


Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih…kesian


Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak macam sial…


Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!


Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…


Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….


Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh! 


Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….


Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:… patut pun kena reject…


Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus… penuh kasih sayang


Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar


Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…


Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….


Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….


Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever


Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada…


Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata: sukenya….


Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: balik-balik email dia… boring






Renung-renungkanlah dan selamat beramal!



Senaman kening!



Do you feel like moving your eyebrows when you watch this ad on tv? I do! Everytime! haha..



kening cantik?



Thursday, July 29, 2010

Haiyoo!


Today we found a green sleeveless top on the sofa which obviously does not belong to me or my sister. Tetttt!



Wednesday, July 28, 2010

Petua Cik Kiah

Pernah tak rasa nak tersenyum/tergelak yang tak boleh dikawal tapi kita tak sepatutnya/taknak senyum time tu? 


Contohnya bila kita sedang marah-marah tiba-tiba ada plak yang buat lawak yang memang tahap nak tergelak tergolek. 


Or rasa lawak bila tengok orang buat presentation tapi harus buat muka serius dan fokus sebab duduk depan tak nak downkan dia or kot2 dia tergelak sama. 


Atau bila kita excited terjumpa atau sedang bercakap dengan orang yang kita suka tapi perlu tunjuk cool supaya tak kantoi tersengih-sengih depan dia macam kerang busuk. 


Tipula kalu tak pernah kan. Jadi jangan menipu lagi mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini.



  1. Buat muka seketat yang boleh dan jangan bercakap. Konon2 sedang control amarah.  Kalau sekali anda bukak mulut, konpem gelak punya. So, baik tutup mulut dan buat2 sedang bertenang. Ini sesuai apabila anda sedang marah sahaja ye.
  2. Salurkan senyuman ke mata dengan membesarkan dan mebulatkan mata. Mulut mantain. Dengan ini pandangan mereka yang melihat akan tertumpu ke bahagian mata kita lalu tidak perasan kalau2 kita terlepas senyum. Pastikan saiz lubang hidung anda tidak bertambah kerana ini akan membuatkan rupa anda seperti lucu. Jika mulut masih hendak melontarkan senyuman gatal, ketap bibir seperti wanita pakai lipstick, mata tetap dibesarkan. Sesuai bila sedang tengok orang buat presentation kerana anda akan kelihatan berusaha untuk fokus dan faham apa dibentangkan. Lain2, tidak digalakkan mengetap bibir.
  3. Jika rasa hendak tersenyum, terus seluk poket seluar atau geledah handbag carik henpon konon-konon ada sms masuk. Tumpukan perhatian kat penggeledahan mencari henpon. Pastu dah jumpa buat-buat baca sms lah. Reply sket kalau perlu. Bila dah agak-agak bertenang tu, boleh sambung perbualan. But don't take too long. Nanti dia bosan lak tunggu korang kan lalu blah camtu je. Ha kan dah rugi disitu.
  4. Kalau macam tengah makan tu, senang jela. Sila tengok makanan. Nescaya boleh sorok senyuman gatal tuh dan juga muka yang rasa-rasa macam panas and merah. Blushing omputih kata. Tapi kalu cam aku, blushing pun tak nampak rasanya. Jadi tiada masalah sangat. haha!
  5. Untuk kes-kes dimana ada rakan anda disebelah, bolehla pusing ke arah rakan lalu buat-buat bertanya sesuatu yang macam penting. Tapi kalau rakan anda jenis yang suka membahan menyakat, lupakan sahaja kerana keadaan akan bertambah buruk. Kemungkinan besar anda akan terpecah gelak yang besar, (sah2 lah habis hilang sume kesopanan dan kesusilaan gadis melayu kan) atau pun rakan anda tu buat-buat tak paham lalu memalukan anda dengan lebih teruk lagi.

Tapi yang paling penting sekali sebenarnya terletak pada kekuatan mental kita ye. Sejauh mana akal fikiran kita boleh suruh and control diri kita dari tersengih cam bodo. hehe. Ok selamat mencuba!


Tuesday, July 27, 2010

Let's sing together uolss!


Masih Aku Terasa by Gersang



Singing out loud like nobody's business. Care to join?
Muka layan kepala goyang.


Monday, July 26, 2010

Same different.



Perempuan bertudung labuh sampai ke lutut. Tapi mulut mengumpat orang sana-sini berbakul-bakul. Rasa diri bagus sangat ke kalau tudung pun comot sana-sini bau kepam macam budak form 1? 


Lelaki berkopiah muka bajet alim nak suruh orang hormat. Tapi mata melilau tengok perempuan atas bawah, atas bawah. Tak malu ke dengan kopiah kat kepala tu?


Realiti dunia hari ini, Islam pada nama dan fizikal. Tapi hati, wallahualam.



Sunday, July 25, 2010

Sabar jela...



Banyaknya dugaan hari ni.


Pagi-pagi dah emo cam kena tunggu turn nak iron baju masa zaman sekolah-sekolah dulu sebab kena bangun awal pegi kerja!


Pagi-pagi dah pusing kepala. Jalan pun dah macam orang mabuk.


Pagi-pagi setan dah banyak gayut kat mata. Konon nak nap 10mins tadi pun dah jadi tidur yang lena sambil mulut nganga 1 jam. Kalau cicak tengok mesti rasa nak gugurkan bom baik punya. Tu pun masih ngantuk lagi. 


Agak2 matahari dah condong ke barat sket tu, ada sesi makan durian, rambutan dan langsat/duku tak pasti. Memang terbaiklah bau dia kan. Pastu semut pun bukan main melekat kat rambutan tu. Malang berbau durian, kena pulak buang semut kat rambutan tu. Aku puasa oke? Kurang pahala puasa disitu sebab membunuh semut.


Semut2 rambutan ni memang kental amat. Rendam dalam air pun tak nak mati. Ke memang semut bley idop dalam air? Habis kaki tangan aku menjadi serangan semut. Nasib baik seluar aku semutproof. Semua yang mencuba nasib untuk masuk tu memang tak selamat. Sorry korang, aku memang tak suka semut. Annoying.


Seorang pakcik sibuk menjual minyak kepada seorang nenek hot depan aku. Siap main cuit-cuit kau! Nenek hot tak berminat tapi, malah geli bulu hidung. " Kot ye pun nak ngorat aku, janganlah ada bau orang tua..." ngomel nenek hot.


Kepala masih pusing, jalan masih mabuk, mata masih ngantuk. Hidung bau durian.


Layan muka buku, tengok gambar Nabilah Liyana pegi konsert Yuna. Nabilah pakai dress sweet belang-belang. Yuna pakai legging.


Tiba-tiba bos dah tergolek atas sofa. Dengkuran halus berkumandang. Arghhhh!