Aku rasa emo yang amat bila haritu ada seorang pakcik yang konpem pekerjaan dia berbisnes, cakap pelajar universiti sekarang tiada hala tuju, tiada matlamat hidup, atau dalam maksud tersirat dia tak berguna lah tuh. Masuk universiti belajar teori je pastu bila grad tak tahu nak buat apa, takde kerja. Erm pakcik, saya graduan universiti ye, tak perlu la tembak depan2 camtuh.
"Buat apa masuk universiti blaja lama2 tapi bila keluar kerja gaji sikit.. Baik buat bisnes. Budak2 skang ni xnk kalu orang suruh berbisnes. Rela kerja makan gaji...." kata pakcik tu lagi yang aku yakin dia rasa dia adalah peniaga-berjaya-poket-tebal-xpayah-masuk-u-pun.
Amboih pakcik sedap mulut je bercakap. Macam saja je nak perli aku kan mentang-mentangla aku ni degree holder yang kerja kerani je kan. Pakcik ingat semua orang reti nak berniaga ke? Kalu tak minat cane nak bisnes? Cakap ikut sedap mulut jela orang2 tua zaman sekarang ni. Ke dari dulu lagi?
Terguris hati suci aku bila pakcik cakap macam tu. Nak melawan malas. Pakcik la katakan. Aku bukak sume cite aku jap g kang dia cakap aku berlagak plak. Takpela pakcik, pakcik berlagak jela sorang2. Saya taknak bukak pintu neraka banyak2.
Time tu aku rasa kan bagus kalau pakcik ni ada power cam Edward tu leh baca fikiran orang. Biar dia baca sket apa yang aku tengah fikir masa tu and buat die sedar diri. Ni cakap ikut suka hati je. Seronok je kan sambil main iphone die yang kaler merah-buat-aku-tertarik tu kan cam nak show off je ade fon dua tiga keping. Tau la fon aku oldskul kaler ijau je.
Tapi sebenarnya aku tak puas hati dia cakap pelajar universiti tiada haluan hidup. Ish! Dulu ada gak pernah terpikir camtu. Macam ikut je apa yang terjadi. Orang masuk u, kita pun masuk u gak. Tapi sebenarnya bila dah masuk u tu, haruslah semua orang dah letak target harus grad lepas tu kerja kan? Mana ada orang yang tak mau kerja lepas grad. Cuma rezeki masing2 la, ada yang cepat, ada yang lambat. Macam aku jugak, dah belajar engineering haruslah aku nak kerja jadik engineer kan. Takdela plak aku rasa nak jadik pilot ke nak jadi doktor ke bila dah grad ni. Tu bukan matlamat/goal/target/cita2 ke?
Pastu pakcik sambung lagi, "Kerja ngan kerajaan berapa sen la sangat dapat bulan2. Setakat seribu 2 ribu tu memang takleh nak kaya la..." . Pakcik, tu zaman bila gaji kerajaan seribu 2 ribu? Rasa-rasanya kalu gaji cikgu pun leh cecah 3 ribu skang. Eh yeke? Aku cam penah dengar la tak tau kalu cikgu2 nak berlagak jugak kan. Like I care. Pastu kerja kerajaan senang nak buat loan rumah, bayar setiap bulan pun rendah je and on medical side memang ditanggung beres la kan. Adalah advantages dia kan. Nasib baik takde orang kerajaan kat time tu. Kalu tak, kecik dah hati dia.
"Nak berniaga ni senang je. Untung pun banyak. Orang skarang ni tak nak berniaga sebab takde modal je sebenarnya.." sambung pakcik lagi.
"Erm betul jugak tu. Yela mane nak carik duit banyak2 nak buat modal kan.." aku layan jela pakcik tu kan.
" Tula dorang ni tak tau skang ada program nak tolong budak2 muda ni bleh pinjam 100k nak buat modal pastu bagi lagi latihan camne nak buat bisnes ikut bidang yang kita minat.." kata pakcik bersungguh-sungguh macam nak hasut aku buat bisnes. Tapi aku tak sure 100k tu pinjam ke dapat terus. Tak ingat dah.
Aku pun reply lagi " Ouh ade eh... Tak tau plak. Takpela saya belajar dulu pun skolership dah 100k gak. Tak nak la hutang 100k lagi. Hehehe..." sambil gelak konon comel tak bersalah la.
"Dulu kat u orang bagi skolership sebab pandai. Ni dah abes belajar nak carik kerja dah tak pandai dah!" Pakcik melontarkan kata-kata tanpa belas. Nampak disitu pakcik tak paham apa aku cuba sampaikan. Yela pakcik, pakcik sorang je yang pandai pun skang ni. Ada aku kesah? Ada aku mintak duit kau?
Pakcik ni tak puas lagi nak perkecilkan aku kot so die tanya, "Ni first kerja ke lepas grad? Dah lama ke abes blaja?". Nada pakcik sedikit annoying.
Lalu aku jawab dengan sopan dan santunnye, "Baru je pakcik, result pun belum keluar lagi. Ni saya kerja sementara je. Sambil2 tunggu Petronas panggil saya. Saya dah lepas interview dia aritu. Harap-harapnya cepatla dorang panggil ..." . Dengan harapan pakcik tu paham aku berhutang RM100k untuk belajar 5tahun tu bukan semata-mata nak kerja dok main fesbuk sepanjang hari k.
"Ouh.. Kalu kerja ngan petronas takpela, gaji banyak ribu-ribu. Kalu ngan gomen xyahla.." Pakcik berkata. Mungkin mata dah terbukak sket la tuh. Jangan menilai buku dari kulitnya pakcik. Nama je pakcik tapi macam kurang makan garam je ni. Tak paham aku.
Hari ni tiba2 pakcik datang lagi kt ofis ni. Aku tanya kenapa pakcik nak cari boss ni tapi pakcik tak nak bagitau aku. Pakcik kata ada nak bisnes tapi bila aku tanya bisnes yang latest boss saya buat ni ke, pakcik tak nak jawab. Pakcik ni menyusahkan saya la tau x? Pakcik ingat pakcik bagus sangat ke??? Saya perlu tau semua tu sebab boss saya suruh amek tahu. Tahu x?! huh bleh kena darah tinggi aku kalu semua orang macam tuh. Suka hati kau la pakcik tua.
Tapi pakcik, aku akan sahut cabaran pakcik untuk menjadi graduan berguna dan membuktikan bahawa kitorang ada hala tuju, matlamat hidup walaupun sekarang aku hanya mampu tawakkal je supaya cepat dapat kerja. Dah masuk 2 bulan nih. haihh~~
2 comments:
pakcik-bajet-bagus.
sgt!
Post a Comment